OctaFX
5.0

OctaFX

Ditaraf #01 daripada 42 Broker Yang Disyorkan
OctaFX Broker Forex Terbaik di Malaysia adalah broker antarabangsa, yang dikawal-cekap dengan pengikut setia pedagang dari Malaysia. Laman web diterjemahkan sepenuhnya kedalam Bahasa Melayu dan OctaFX sering melangsungkan pertandingan dan promosi untuk pelanggan Malaysia; ini termasuklah bonus deposit 50%, pertandingan perdagangan demo dengan hadiah wang tunai dan cabutan bertuah yang kerap (hadiah termasuk skuter, computer riba dan alat lain).
Buka Akaun
Quick Info
Maklumat Pantas OctaFX

Menerima pelanggan Malaysia.
Spread purata EUR/USD 1.10 pip pada akaun dagangan dengan deposit minimum terendah.
Leveraj Maksimum 500:1.
Akaun Islamik tersedia.
Disokong platform MT4, MT5 & cTrader.
OctaFX dikawal selia oleh CySEC.
OctaFX

Menerima pelanggan Malaysia. Spread purata EUR/USD 1.10 pip pada akaun dagangan dengan deposit minimum terendah. Leveraj Maksimum 500:1. Akaun Islamik tersedia. Disokong platform MT4, MT5 & cTrader. OctaFX dikawal selia oleh CySEC.

Pros
  • Deposit anda selamat dan dilindungi kerana dikawal oleh CySEC
  • Platform trading yang bagus dan handal
  • Semua strategi dibenarkan
  • Menawarkan tiga jenis akaun- Micro, Pro dan ECN.
  • Mempunyai pelbagai bonus dan pertandingan menarik setiap minggu
  • Deposit rendah
  • Proses deposit dan withdrawal yang mudah dan tidak ada komisen atau bayaran.
  • Memenangi pelbagai anugerah termasuk Best Forex Broker Asia 2018, Best Trading
  • Conditions 2018, Most Transparent Broker 2017 dan banyak lagi.
  • 95,5% order dilaksanakan tanpa slippage
Cons
  • Pendidikan yang terhad
  • Jenis akaun terbatas
TopForexBrokerMalaysiaReview melalui standard editorial yang ketat dalam proses penilaian kami. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pada pautan produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami.

Ringkasan

OctaFX adalah broker antarabangsa, yang dikawal-cekap dengan pengikut setia pedagang dari Malaysia. Laman web diterjemahkan sepenuhnya kedalam Bahasa Melayu dan OctaFX sering melangsungkan pertandingan dan promosi untuk pelanggan Malaysia; ini termasuklah bonus deposit 50%, pertandingan perdagangan demo dengan hadiah wang tunai dan cabutan bertuah yang kerap (hadiah termasuk skuter, computer riba dan alat lain).

Pilihan patuh syariah tersedia untuk semua jenis akaun dan pedagang baru akan suka dengan bahagian analitik dan berbagai alatan dagangan yang berguna seperti AutoChartist, salin perdagangan dan perkhidmatan rakaman akaun yang membolehkan awanama belajar dari pedagang berjaya lain.

Pendidikan pedagang untuk pemula diolah dengan baik dan platform sokongan hampir tidak terkalahkan, dengan MT4, MT5 dan cTrader semua ditawarkan – namun semua platform dipautkan dengan jenis akaun dan persekitaran dagangan.

Ulasan

Pengawal Selia Antarabangsa 1110.50
Keadaan Dagangan
11110
Platform Dagangan
11111
Deposit & Pengeluaran
11111
Pendidikan & Penyelidikan
1110.50
Aset Tersedia
11110
Khidmat Pelanggan
11110
Mesra Pengguna-Baru
Standard
Bonus
Deposit Bonus
 
 
Maklumat Akaun Keadaan Dagangan Butiran syarikat
Matawang asas: EUR, USD Spread Min.: 0 pips
 
Nama Syarikat : Octa Markets Inc
 
Matawang asas : 28 Komisyen : USD / Lot – cTrader ECN
 
Ditubuhkan : 2011
Bilangan padanan :   
EUR/USD : 0.4 pips
 
Laman web :  www.octafx.com
Salin Dagangan :     
GBP/USD  : 0.4 pips
 
Lokasi Pejabat : United Kingdom, Hong Kong, Indonesia, Cyprus, Malaysia, Thailand
Lindung Nilai Dibenarkan :
USD/JPY    : 0.4 pips
 
E-mel Sokongan :  support@octafx.com
Scalping :
 
Leveraj   : 500:1
 
 
 

Adakah OctaFX Selamat?

Ditubuhkan pada 2011 dan dikawal selia oleh CySEC sejak 2018 (lesen 372/18), OctaFX adalah broker yang dijamin dan dihormati ramai. Semua dana diagihkan dengan wajar, dan syarikat telah menerima banyak anugerah sepanjang beberapa tahun atas kualiti perkhidmatannya.

Syarikat dikawal selia ringkas oleh FCA (Penguatkuasa Perlakuan Kewangan U.K) dari 2015 hingga 2017 (ruj: 679306) namun telah memutuskan untuk tidak memperbaharui lesennya selepas referendum Brexit dan sebaliknya meletakkan fokus pada pasaran Kesatuan Eropah (EU).

OctaFX telah menerima banyak pengiktirifan industri dalam tahun kebelakangan ini, memenangi Broker Terbaik Forex APAC 2019 (Global Banking & Finance Review) Apl Mudah Alih Berdagang Terbaik 2019 (Majalah European CEO) dan Broker FX Terbaik 2019 (FXExplained). Anugerah lain termasuk, Broker Forex Terbaik Asia 2018 (Global Banking and Finance Review) Broker FX Terbaik 2018 dan Persekitaran Dagangan Terbaik 2018 (Majalah European CEO).

Bagaimana membuat USD 100k dalam masa 3 bulan | Malaysian Success Story | Forex Trading

Seperti semua broker yang dikawal selia, OctaFX mempunyai akaun berasingan (dana pelanggan dan dana broker disimpan dalam akaun berasingan sebagai peruntukan jika broker muflis) dan menawarkan perlindungan baki negatif kepada semua pelanggan – jadi anda tidak akan kehilangan wang melebihi apa yang terdapat dalam akaun.

Persekitaran Dagangan

Persekitaran dagangan OxtaFX’s – termasuk spread, komisyen, leveraj, dan aras panggilan margin – dipelbagaikan bergantung pada platform/akaun yang anda telah pilih. Semua akaun adalah pelaksanaan pasaran di bawah 0.1 saat dan kesemuanya dibenarkan untuk lindung nilai, ‘scalping’ dan nasihat pakar (EA).

Jenis Akaun

OctaFX mempunyai tiga jenis akaun (bersama akaun demo tanpa had) bergantung pada platform mana yang anda ingin gunakan. Setiap akaun juga tersedia sebagai akaun Islamik.

For its Islamic communities, OctaFX has developed Islamic-friendly accounts for trading. These are the best Islamic Forex accounts in the industry with a fixed commission amount for the set volume, which is not related to interest.
Micro Pro ECN
Minimum Deposit: $25 Minimum Deposit: $500 Minimum Deposit: $25
Leverage: 1:500 Leverage: 1:200 Leverage: 1:500
Minimum trade size: 0.01 Minimum trade size: 0.01 Minimum trade size: 0.01
Spread Type: Floating, starting from 0.4 pips, and Fixed at 2 pips Spread Type: Floating, starting from 0.2 pips Spread Type: Floating, starting from 0 pips
Commission: No Commission: No Commission: 0.02 – 0.03 USD for every 0.01 lot
Account Currency: USD, EUR
Account Currency: USD, EUR
Account Currency: USD, EUR
     

 

Mengikat jenis akaun anda kepada platform spesifik adalah pendekatan yang jarang dilakukan; jika anda sudah biasa dengan platform spesifik dan ingin terus menggunakannya, anda akan dihadkan dengan pilihan akaun anda.

Akaun Demo: OctaFX menawarkan pilihan Akaun Demo tanpa had yang hebat, tersedia pada MT4, MT5 dan cTrader. Ia menawarkan persekitaran pasaran sebenar dan peluang untuk memenangi wang sebenar dalam Kejuaran Pertandingan Demo bulanan.

Akaun MT4 (Mikro): Dengan Akaun MT4 (Mikro), anda boleh memilih sama ada spread tidak tetap, bermula dari 0.4 pips atau spread tetap, pada 2 pip, bergantung pada keutamaan anda. Akaun ini memerlukan deposit minima sebanyak 50 USD (namun 100 USD adalah disarankan) dan tiada komisyen dikenakan pada dagangan). Leveraj adalah tetap pada 1:500 untuk perdagangan Forex dan panggilan/hentian margin adalah 25%/15%. Logam, Indeks dan mata wang Kripto juga boleh didagangkan (namun leveraj akan lebih rendah dan ditetapkan pada 1:2 untuk mata wang kripto).

Akaun MT5 (Pro): Akaun MT5 (Pro) hanya menawarkan spread tidak tetap, bermula dari 0.2 pip, dan memerlukan deposit minima 500 USD. Tiada komisyen dikenakan pada akaun ini juga tapi leveraj untuk perdagangan Forex ditetapkan pada 1:200 dan panggilan/hentian margin ditetapkan pada 45%/30%. Tiada bunga (swap) pada akaun ini dan komisyen semalaman hanya dikenakan selepas 3 hari. Seperti akaun MT4, kedua CFD dan mata wang Kripto juga boleh didagangkan.

Akaun (ECN) cTrader: Akaun (ECN) cTrader juga menawarkan spread tidak tetap, tapi ini bermula pada 0 pip. Komisyen dikenakan pada dagangan dan deposit minima 100 USD diperlukan. Leveraj ditetapkan pada 1:500 untuk mata wang dan 1:200 untuk logam – mata wang Kripto dan CFD tidak tersedia untuk akaun ini. Panggilan/hentian margin ditetapkan pada 25%/15% dan komisyen semalaman hanya dikenakan sepanjang hari minggu.

Spread dan Komisyen

Spread pada akaun yang berbeza bergantung kepada jenis. Komisyen pada akaun cTrader dikenakan 3 USD setiap lot setiap belah (6 USD kitar penuh)

Yuran Deposit dan Pengeluaran

OctaFX hanya menerima deposit dalam mata wang EUR dan USD. Mereka tidak mengenakan yuran deposit dan pengeluraran tetapi, di luar kebiasaan lain, hanya menerima deposit dan pengeluaran melalui cara berikut:

  • Perfect Money: Deposit minima adalah 5 USD dan pengeluaran minima adalah 5 USD
  • Bitcoin: Deposit minima adalah 0.00096 BTC dan pengeluaran minima adalah 5 USD
  • Neteller: Deposit minima adalah 50 USD dan pengeluaran minima adalah 5 USD

Bonus OctaFX

OctaFX mengadakan beberapa skim promosi untuk pelanggan – sebilangannya tidak memerlukan anda membelanjakan wang untuk turut serta.

Deposit Bonus 50%

OctaFX menawarkan skim bonus deposit (sehingga 50% dari deposit anda) namun mengeluarkan bonus ini tertakluk pada aktiviti perdagangan, menggunakan formula berikut.

Deposit Kadar Tetap

Terutamanya untuk pedagang Malaysia, OxtaFX menawarkan pelanggan peluang untuk membuat deposit awal pada kadar tetap 300 MYR = 100 USD. Deposit ini juga boleh dikeluarkan pada kadar tetap yang sama.

Pertandingan Demo

OxtaFX mengadakan dua pertandingan akaun demo berbeza, satu pada platform MT4 dan lagi satu pada platform cTrader. Pertandingan demo cTrader berlangsung selama satu minggu dan peserta dengan baki akaun demo terbanyak pada akhir minggu akan memenangi 150 USD, dengan hadiah lebih kecil kepada lima teratas. Pertandingan demo MT4 juga adalah sama, melainkan ianya diadakan selama empat minggu dan hadiah utamanya adalah 500 USD.

Ganjaran Skuter Mingguan OctaFX

Setiap minggu OctaFX menghadiahkan skuter kepada pelanggan yang dipilih secara rawak. Untuk menyertai peraduan, apa yang anda harus lakukan adalah berdagang lima lot sepanjang satu minggu (Isnin-Jumaat).

Berdagang & Menang: Dapatkan Alatan Dengan Berdagang

Promosi Berdagang & Menang memberikan pedagang hadiah dan alatan percuma berdasarkan pada volum dagangan mereka. Sebagai contoh, jika anda berdagang 150 lot dengan OctaFX anda akan layak untuk mendapat jam pintar Android. Hadiah lain termasuk telefon dan juga computer riba.

OctaFX Untuk Pemula

Bahan pendidikan di OctaFX dan laman web alternative adalah bagus namun memfokuskan pada pedagang baru; untuk pedagang yang lebih berpengalaman terdapat hanya sedikit sokongan pendidikan. Sokongan pelanggan adalah kompetetif namun apa yang menyerlah dari OctaFX adalah dalam penyelidikan dan analisa pasaran yang tersedia. 

Bahan Pendidikan

OctaFX baru-baru ini melancarkan tradingtiger.pro, sebuah akademi perdagangan dalam talian untuk pedagang baru yang juga boleh didapati dalam Bahasa Melayu. Laman ini memaparkan deretan tutorial pendek yang meliputi semua yang anda perlu tahu untuk bermula – dari Asas Forex ke Ramalan Pasaran. Setiap tutorial adalah campuran antara video dan teks dan ianya dikumpulkan dengan baik dan mudah untuk difahami; penuntut diuji dengan kerap tentang bahan dan semua dari laman web ini adalah percuma. Keseluruhannya, ia sumber yang hebat untuk pedagang pemula dan kami berharap OctaFX mempertimbangkan untuk menambah kursus peringkat pertengahan dan lanjutan dan menyediakan kursus ini secara dalaman.

Kembali kepada laman web utama OctaFX, bahagian pendidikan dalaman dilampirkan dengan kumpulan artikel bergabung dengan nama Asas Forex. Topik artikel berjulat dari penerang tentang perdagangan ECN dan Pengurusan Risiko kepada Analisa Teknikal dan Strategi Perdagangan juga konsep yang lebih tinggi seperti Korelasi Pasangan dan Penyurihan Fibonacci. Artikel ini adalah terperinci dan ditulis dengan baik dan menawarkan nasihat berguna untuk pedagang baru dan peringkat pertengahan – malangnya, topik-topik ini tidak tersedia dalam format video

Tambahan pula pada laman utama, terdapat bahagian tutorial ringkas melitupi platform MetaTrader, CopyTrading, Autochartist dan CFD dan bahagian Tutorial Video memfokuskan pada cara bermula dengan MetaTrader. Akhir sekali, terdapat bahagian Soalan Lazim dan glosari kata Forex yang berguna. Bahagian pendidikan juga dipautkan dengan Manual untuk platform berbeza yang disokong oleh OctaFX (MT4, MT5 dan cTrader)

Bahan Analisis

OctaFX mempunyai bahagian Cerapan Pasaran yang bagus dikemaskini dengan kerap namun hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris. Kiriman kerap termasuk Telahan Harian, Ulasan Harian dan Ulasan Mingguan. Kiriman ini sering memberikan ramalan pergerakan pasaran hadapan – namun berhati-hati dan buat penyelidikan anda sebelum bertindak mengikut ramalan diberikan.

Bahagian Tinjaun Pasaran juga mempunyai siri video harian, dimuat naik ke saluran YouTube OctaFX, dinamakan Market in a Minute, yang merangkumi semua berita besar dari pasaran Forex untuk hari dagangan berikutnya. Sebagai tambahan untuk kemas kini ini, terdapat butir ringkas yang disiarkan dengan tidak tetap sebagai reaksi kepada peristiwa dagangan dengan cerapan teknikal terperinci.

OctaFX juga menghoskan bahagian Berita Forex, juga hanya dalam Bahasa Inggeris, dengan taklimat ringkas berkenaan berita besar yang berimplikasi kepada pasaran Forex, ini dikemaskini sepanjang hari minggu dan artikel ini ditulis dengan baik dan padat bermaklumat. Taklimat ini diberikan tanpa sebarang saranan bagaimana peristiwa akan memberi kesan kepada pasaran

Sokongan Pelanggan

Sokongan pelanggan OctaFX dibuka 24 jam sehari, 5 hari seminggu melalui chat langsung, telefon (dengan nombor tempatan untuk UK, Hong Kong dan Indonesia), e-mel, WhatsApp dan Telegram.

Tambahan pula, Jabatan Kewangan dibuka dari 06:00 – 22:00 (Waktu Eropah Timur, EET) dan jabatan pengesahan pelanggan dibuka dari 08:00 – 17:00 (Waktu Eropah Timur, EET) untuk penyediaan akaun dan pertanyaan penyelesaian masalah.

Platform Dagangan

Seperti yang dinyatakan diatas, OctaFX menawarkan MT4, MT5 dan cTrader – sungguhpun pilihan platform terikat dengan jenis akaun, dan ini akan menjejaskan persekitaran dagangan.

Alatan Dagangan

Disamping yang berpiawaian industri seperti Kalendar Ekonomi, Kalkulator Untung dan Dagangan, OctaFX juga menawarkan alat Rakaman Akaun dimana anda boleh mengikuti akaun pedagang  OctaFX lain dan menyisih mengikut Baki, Hasil, Dagangan dan Jenis Akaun. Alat ini juga membolehkan anda untuk mendalami sejarah akaun supaya anda boleh belajar bagaimana pemegang akaun menguruskan kejayaan mereka. Akaun hanya diwakilkan oleh nombor, supaya semua pemegang adalah awanama.

OctaFX juga menawarkan fungsi salin dagangan dengan percuma untuk semua akaun, membolehkan pemula untuk menyalin pedagang berjaya yang berpengalaman, untuk yuran kecil setiap lot yang didagangkan. Fungsi ini juga tersedia melalui apl mudah alih.

OctaFX juga menyokong Autochartist, pembekal isyarat dagangan berpiawaian industry. Autochartist memberikan pedagang dengan petanda automatik untuk pembukaan dan penutupan dagangan, alat analisis ketaktentuan yang membolehkan anda mengoptimumkan tahap ambil-untung dan henti-rugi dan laporan integrasi pasaran. Autochartist tersedia pada MT4/5 (namun tidak pada cTrader) dan memerlukan baki minimum 500 USD dalam akaun OctaFX anda.

Apl Dagangan Mudah Alih

Semua platform yang ditawarkan OctaFX juga tersedia pada peranti mudah alih dan tablet. Tambahan pula, OctaFX menawarkan Apl Dagangannya sendiri (hanya untuk Android) yang memberikan anda akses kepada akaun OctaFX (termasuk Akaun Demo anda) dan dating dengan Cerapan Pasaran berintegrasi penuh.

Kaedah penilaian

Kami menghargai ketelusan dan keterbukaan dalam cara kami menilai rakan usaha sama. Untuk meletakkan ketelusan di muka hadapan, kami telah menerbitkan proses penilaian kami yang merangkumi pecahan terperinci tentang tawaran FXTM. Berpusat pada proses tersebut adalah penilaian tentang kebolehpercayaan broker, tawaran platform dari broker dan persekitaran dagangan yang ditawarkan kepada pelanggan, yang diringkaskan dalam ulasan ini. Setiap darinya digred, dan skor keseluruhan dikira dan diberikan kepada broker

Penyata Risiko OctaFX

Dagangan margin Forex mengandungi risiko yang besar. Dagangan margin Forex mendedahkan pengguna kepada risiko termasuk, tapi tidak terhad kepada, perubahan keadaan politik, factor ekonomi, lumrah alami dan berbagai factor lain, yang semuanya mungkin menjejaskan harga dan ketersedian satu atau lebih mata wang.

Perdagangan spekulatif adalah prospek yang mencabar, walaupun kepada yang berpengalaman dan dengan pengetahuan risiko yang diambil. Hanya dana yang mungkin diagihkan oleh seseorang untuk pelaburan berisiko tinggi (cth., dana yang jika hilang tidak akan menjejaskan taraf hidup dan status kewangan seseorang) yang sepatutnya digunakan untuk berdagang.

Dalam situasi Pelanggan yang biasa menggunakan pelaburan berbentuk konversatif pada masa lalu, perdagangan forex mungkin tidak sesuan untuk Pelanggan. Pelanggan perlu faham bahawa kerugian penuh atas semua dana yang dimasukkan boleh berlaku, apabila pasaran bertentangan dengan posisi Pelanggan.

Gambaran Keseluruhan

OctaFX adalah broker ECN dengan pilihan akaun, platform dan persekitaran dagangan yang pelbagai. Memandangkan pilihan akaun, platform dan persekitaran dagangan adalah terpaut, pelanggan baru mungkin berasa kebebasan mereka disekat. Walau begitu, OctaFX mempunyai bahagian analitik yang cemerlang, pengolahan baik pendidikan untuk pemula, alatan dagangan berkelas dunia dan berbagai pilihan bonus untuk pedagang Malaysia

OctaFX Details

Leveraj
Deposit Min
Bahasa Laman Web
REGULATED BY
Currencies
Spread Min
Buka akaun:
Minimum Deposit: $5
Pengawalan : CySEC dan FSA
Account Types: Micro, Pro, ECN
Leverage: 1:500
Spread: Fixed & Floating
Platform: MT4/5, WebTrader, Mobile, cTrader
Buka Akaun
Quick Info
Maklumat Pantas OctaFX

Menerima pelanggan Malaysia.
Spread purata EUR/USD 1.10 pip pada akaun dagangan dengan deposit minimum terendah.
Leveraj Maksimum 500:1.
Akaun Islamik tersedia.
Disokong platform MT4, MT5 & cTrader.
OctaFX dikawal selia oleh CySEC.
5.0
Trust & Fairness
5.0
Platform
5.0
Bonuses & Promotions
5.0
Customer Support
5.0 Overall Rating

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *